July 2nd, 2020

Berkongsi pengalaman ketika zaman sekolah, pelakon Syida Melvin mendedahkan yang dirinya seorang yang pemalas ketika menuntut di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang, Perak.

syida melvin pemalas gagl semua subjek ketika zaman sekolah

Menurut Syida, kenangan di sekolah itulah yang lazimnya akan menjadi antara memori zaman remaja yang sukar dilupakan apabila menginjak dewasa.

Bagaimanapun, berkongsi berkenaan kejayaan dirinya dalam bidang akademik, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini langsung tidak segan berkongsi berkenaan keputusan peperiksaannya. Dedah Syida, beliau pernah pernah gagal kesemua mata pelajaran yang diambilnya semasa tingkatan 1.

View this post on Instagram

Bila cerita pasal sekolah, masing2 mesti ada pengalaman yg best kan?? Omg rindunya zaman sekolah! Dah dekat 6 tahun Cda tinggal sekolah. Masa gambar ni kami berempat jelajah balik sekolah kami Panglima Bukit Gantang. . . Kami ber4 sekolah yg sama,kecuali adek bongsu. Kalau cerita pasai zaman sekolah ni, yg paling buaih is Tilla 🤣 Dia punya cerita dekat sekolah dulu hampa pi lah tanya mana2 cikgu, semua cikgu tak suka kat dia 🤣 . Kalau Cda pulak, waktu form 1-3 memang aku paling tak suka belajaq, pemalas, kerja sekolah pun selalu xsiap! Pernah sekali masa form 1, aku pernah fail semua subjek wey 🤪 YA ALLAH AIBNYAAAA! Hhahaha . Tapi bila dah masuk form 4-5, aku dah mula belajaq betoi2. Dah mula rajin sikit la. Kami dulu kat sekolah tak sejahat Tilla & Syifa. Cda dgn kaklong ja yg rekod baik dekat sekolah tu so far tak pernah buat masalah 😎 Sumpah rindu wey zaman sekolah, rindu nak jalan2 pusing sekolah utk buang masa sampai habes waktu kelas 🤣 Rindu nak merayau masuk bilik guru, rindu nak pakai baju PJ seminggu 4 kali walaupun PJ seminggu sekali ja 🤣 . Cda waktu sekolah bukan budak kelas atasan. Level pandai kami besa2 ja.! . Dulu waktu sekolah cukup takut kalau “AKU NI DAH LA TAK BERAPA PANDAI, BOLEH KA AKU NAK HIDUP BILA BESAQ NANTI??” . Bila kita dah dewasa, baru kita boleh nampak yg keperluan kita bila untuk melonjak naik adalah lebih kepada PENGALAMAN berbanding berapa A yg hampa dapat masa SPM dulu. Kami tak kata yg ilmu tu tak penting, tapi ada yg lebih penting daritu which is Kemahiran hampa utk mengorak langkah bila dah besaq nanti… . Apa2 pun, adik2 yg dok bersekolah sekarang, tolong hargai setiap detik hampa dekat sekolah!!! Kita ni manusia biasalah, bila kita tengah sekolah, kita malas gila nak pi sekolah. Esok ni bila dah tamat sekolah? Mesti akan rindu gila moment kt sekolah dulu!! . Dengaq cita sekolah dah nak bukak kan 15/7 ni? HAHA PADAN MUKA 😛 Hampa jangan lupa tengok full video kami p sekolah lama kami dekat Youtube channel 🔔 The Melvins , and jangan lupa subsribe k ♥️

A post shared by CDA (@syidamelvin) on

“Waktu tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, memang aku paling tak suka belajar, pemalas, kerja sekolah pun selalu tak siap!”

Namun, segalanya seakan berubah apabila Syida dikhabarkan  mula memberi fokus kepada pelajaran selepas memasuki peringkat menengah atas iaitu tingkatan empat dan lima.

“Tapi bila dah masuk tingkatan 4, tingkatan 5, aku dah mula belajar betul-betul. Dah mula rajin sikitlah. Waktu sekolah bukan budak kelas atasan. Level pandai kami biasa-biasa sahaja.”

Syida juga turut menyatakan beliau tidaklah sejahat kakaknya Syatilla dan Syifa semasa di sekolah. Malah akui rekod kelakuannya lebih baik berbanding mereka.

syida melvin pemalas gagl semua subjek ketika zaman sekolah

Ujar Syida, beliau pernah berasa bimbang memikirkan soal masa depan dirinya sekiranya tidak mampu memberikan yang terbaik dari segi akademik.

Meskipun begitu, setelah meningkat dewasa, beliau kini yakin bahawa pengalaman dan kemahiran merupakan salah satu faktor kejayaan berbanding keputusan yang cemerlang ketika di bangku sekolah.

syida melvin pemalas gagl semua subjek ketika zaman sekolah

“Bila kita dah dewasa, baru kita boleh nampak yang keperluan kita bila untuk melonjak naik adalah lebih kepada pengalaman berbanding berapa A yang kalian dapat masa SPM dulu.

Terdahulu, kakaknya Syifa Melvin pernah mendedahkan yang dirinya bodoh dalam mata pelajaran Matematik. Namun jika dilihat kini, adik beradik The Melvins ini bagai menempuh fasa kejayaan apabila keempat-empat mereka kini sedang giat mengendalikan perniagaan kosmetik yang diberi nama “Kekasih by The Melvins”.


7 responses to “Syida Melvin Akui Pemalas Ketika Zaman Sekolah, Gagal Semua Mata Pelajaran”

  1. 01111476914 says:

    Ilmu ttp penting…nk buat apa pn mesti ada ilmu..awk nasib baik sebab ada rupa..nabi pn suruh tuntut ilmu

  2. Anonymous says:

    kelas hujung majority kain banjir dan tudung singkat. baju ketat

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...