Syida Melvin Akui Pemalas Ketika Zaman Sekolah, Gagal Semua Mata Pelajaran

Hiburan

Syida Melvin Akui Pemalas Ketika Zaman Sekolah, Gagal Semua Mata Pelajaran

Berkongsi pengalaman ketika zaman sekolah, pelakon Syida Melvin mendedahkan yang dirinya seorang yang pemalas ketika menuntut di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang, Perak.

syida melvin pemalas gagl semua subjek ketika zaman sekolah

Advertisement

Menurut Syida, kenangan di sekolah itulah yang lazimnya akan menjadi antara memori zaman remaja yang sukar dilupakan apabila menginjak dewasa.

Bagaimanapun, berkongsi berkenaan kejayaan dirinya dalam bidang akademik, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini langsung tidak segan berkongsi berkenaan keputusan peperiksaannya. Dedah Syida, beliau pernah pernah gagal kesemua mata pelajaran yang diambilnya semasa tingkatan 1.

“Waktu tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, memang aku paling tak suka belajar, pemalas, kerja sekolah pun selalu tak siap!”

Namun, segalanya seakan berubah apabila Syida dikhabarkan  mula memberi fokus kepada pelajaran selepas memasuki peringkat menengah atas iaitu tingkatan empat dan lima.

“Tapi bila dah masuk tingkatan 4, tingkatan 5, aku dah mula belajar betul-betul. Dah mula rajin sikitlah. Waktu sekolah bukan budak kelas atasan. Level pandai kami biasa-biasa sahaja.”

Syida juga turut menyatakan beliau tidaklah sejahat kakaknya Syatilla dan Syifa semasa di sekolah. Malah akui rekod kelakuannya lebih baik berbanding mereka.

syida melvin pemalas gagl semua subjek ketika zaman sekolah

Ujar Syida, beliau pernah berasa bimbang memikirkan soal masa depan dirinya sekiranya tidak mampu memberikan yang terbaik dari segi akademik.

Meskipun begitu, setelah meningkat dewasa, beliau kini yakin bahawa pengalaman dan kemahiran merupakan salah satu faktor kejayaan berbanding keputusan yang cemerlang ketika di bangku sekolah.

syida melvin pemalas gagl semua subjek ketika zaman sekolah

“Bila kita dah dewasa, baru kita boleh nampak yang keperluan kita bila untuk melonjak naik adalah lebih kepada pengalaman berbanding berapa A yang kalian dapat masa SPM dulu.

Terdahulu, kakaknya Syifa Melvin pernah mendedahkan yang dirinya bodoh dalam mata pelajaran Matematik. Namun jika dilihat kini, adik beradik The Melvins ini bagai menempuh fasa kejayaan apabila keempat-empat mereka kini sedang giat mengendalikan perniagaan kosmetik yang diberi nama “Kekasih by The Melvins”.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...