Masih ingat dengan Syella Kamaruddin? Syella pada penghujung tahun lepas telah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan melangsungkan perkahwinan dengan seorang kenamaan yang dirahsiakan namanya dan bersanding seorang diri dalam majlis perkahwinannya yang mewah.
Syella pernah menekankan yang dia tidak lagi terlibat dalam industri hiburan dan mahu memiliki anak sesegera yang mungkin dengan suaminya. Beberapa hari ini nama Syella popular kembali di persada Internet apabila seorang pengunjung Forum Cari mengongsikan gambar Syella yang sedang mengandung.
Apa yang mengagumkan ialah Syella kelihatan berseri-seri dan kulit wajahnya semakin mulus dan gebu sehingga ramai yang bertanya apakah produk kecantikan yang digunakan oleh Syella. Syella yang mengusahakan butik sendiri iaitu D’Syella Place ini dikatakan menggunakan produk kecantikan yang bernama Wisderm. Sekiranya anda berminat mendapatkannya bolehlah melawat butik Syella yang terletak di tingkat bawah Ampang Park Shopping Centre.
Akhirnya tercapai juga hajat Syella untuk mengandung. Semoga kandungannya sihat dan selamat saja hendaknya, mari kita sama-sama doakan.
Cik Jah
November 26, 2012 at 9:50 pm
Pandai si syella nii….awal penglibatan dia dlm kancah seni nii,byk kuar citer kisah famili dia…adik beradik ramai,hidup sederhana,maka x mustahil lah dia pilih lelaki kaya,jaminan mse dpn,dia dh rse ssh nye kehidupan,kini dia berpeluang merasai kekayaan…itu pilihan dia,doakn yg baik2 saja,moga perkahwinan dia kekal bahagia hendak nye….sekurang2 nye dia berusaha utk berjaya kan….
Anonymous
November 26, 2012 at 4:27 pm
entah si jlo ni bangang betul
jlo
November 26, 2012 at 2:58 pm
boleh x aku nak tanye.. betul ke laki dia x-p*l*s tu?..
halmah
November 26, 2012 at 3:28 pm
ko ni ktinggalan ketapi ke…
crepe
November 26, 2012 at 2:33 pm
mcm durian crepe…..sedapa jer nampak hahahaha.
crepe
November 26, 2012 at 2:41 pm
***sedap
Bintang Di Langit
November 26, 2012 at 2:04 pm
Betul ke guna Wisderm ni kulit leh jd licin macam ni? Nak jgk try kalu bagus.. Ade sesape pernah guna tak?