Syella Kamaruddin – Jangan Ganggu Saya Lagi

Hiburan

Syella Kamaruddin – Jangan Ganggu Saya Lagi

Ada blog yang menyatakan suami kepada Syella Kamaruddin ialah Tan Sri Musa Hassan, walau bagaimanapun Harian Metro melaporkan yang Syella menafikan bekas Ketua Polis Negara itu sebagai suaminya dan masih enggan memberitahu siapa suaminya:-

Suami saya bukan VVIP seperti yang hangat diperkatakan dalam Internet. Suami saya orang biasa dan VVIP dimaksudkan itu tiada kena mengena langsung dengan perkahwinan saya.

Saya dilabelkan artis suam-suam kuku tapi tiba-tiba nama saya disebut semula gara-gara perkahwinan mewah saya. Dulu orang tak sebut pun pasal saya. Apa pun tanggapan orang terhadap saya, saya sudah berkahwin dan saya mahu hidup bahagia di samping suami. Semoga Allah SWT kurniakan kami zuriat dengan segera.

Syella juga mendakwa dia tidak kisah sama ada mahu mempercayai tentang nilai majlis perkahwinannya:-

Saya juga tak minta hantaran mahal-mahal tetapi suami yang mahu bagi. Sama ada orang di luar sana mahu percaya atau tidak, terpulang. Andai kata suami tak hadiahkan kereta mahal pun, saya tak kisah kerana saya sendiri ada banyak kereta. Saya cukup bersyukur apabila dia sudi menyunting saya sebagai isteri. Bila saya tak kahwin, orang kata saya tak laku tetapi bila saya berkahwin, mereka kecoh pula. Apa dosa saya dengan mereka.

Dia juga mahu masyarakat berhenti mempertikaikan tentang cara berpakaiannya yang seksi:-

Suami saya sudah berusia dan dia ada cara sendiri mendidik saya. Suami mahu saya berubah perlahan-lahan kerana katanya untuk membentuk orang lain ke arah lebih baik bukan dengan paksaan. Jadi usah pertikaikan cara saya berpakaian dan siapa saya kerana apa yang penting suami memahami.

Dan akhir sekali, dia berkata dia tiada kaitan lagi dengan industri hiburan negara:-

Tak perlu dihebohkan lagi mengenai majlis perkahwinan saya dan siapa suami saya. Jangan ganggu hidup saya lagi kerana saya pun dah ‘tak ada’ dalam industri ini.

Advertisement

***

Nantikan persembahan istimewa kanak-kanak berbakat cemerlang dari Jepun, Korea, China, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Qatar dan Malaysia di Festival Kesenian Kanak-kanak Antarabangsa 2011 pada 8,10 & 11 disember 2011 bertempat di Istana Budaya bermula 8.00 malam – 10.00 malam. Dapatkan Pas PERCUMA di Kaunter Box Office, Istana Budaya pada 1-3 disember 2011 bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari sahaja. Jumlah pas amat terhad dan anda digalakkan untuk datang lebih awal bagi mendapatkan pas berkenaan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...