Syed Saddiq Ucap Terima Kasih Kepada Unit Amal PAS Bantunya Daripada Diserang Penyokong BN

Trending

Syed Saddiq Ucap Terima Kasih Kepada Unit Amal PAS Bantunya Daripada Diserang Penyokong BN

Gamat seketika di luar Pusat Penamaan Calon Dewan Seri Cempaka apabila Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikatakan diserang Pemuda Barisan Nasional (BN).

syed

Advertisement

Keadaan itu berlaku ketika Syed Saddiq melewati lokasi penyokong BN berhimpun sebaik selesai proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih.

Dalam Twitternya, Syed Saddiq berkata beliau tidak kisah kalau dicaci tetapi jangan sampai menggunakan serangan fizikal.

Malah, beliau juga berterima kasih dan terhutang budi kepada pihak polis dan Unit Amal PAS kerana membantunya ketika diserang penyokong BN.

Syed Saddiq berkata, tanpa bantuan Unit Amal PAS dan pihak polis, beliau tidak pasti apa yang akan berlaku terhadapnya.

Catatan itu turut disertakan dengan klip video berdurasi 1.07 minit yang menunjukkan Syed Saddiq diserbu sekumpulan penyokong BN di kawasan perumahan.

Sumber Berita: Free Malaysia Today

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...