Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq mencuri perhatian ramai.
Dalam video tersebut, dapat dilihat dalam hantaran berkenaan Syed Saddiq sedang menempah songkok untuk dipakainya.
Susulan melakukan tempahan untuk membuat songkok, netizen kebanyakannya tertanya-tanya majlis apakah yang terlalu ‘istimewa’ hingga ahli Parlimen berkenaan perlu membuat tempahan.
Malah, ada yang membuat andaian bahawa tempahan itu dilakukan disebabkan tarikh majlis perkahwinannya sudah semakin dekat.
Kalau dah ada tarikh majlis nanti, jangan lupa jemput tau YB!