Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, akhirnya tampil meleraikan spekulasi hangat yang mengaitkan dirinya dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah, 31, menerusi satu perkongsian video di Instagram Story (IGs).
Video berkenaan memaparkan momen sambutan ulang tahun bapa Syed Saddiq, iaitu Syed Abdul Rahman Abdullah, yang menerima kejutan istimewa di sebuah bilik penginapan, lengkap dengan hiasan romantis dan ucapan daripada isterinya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.
Menariknya, rakaman video itu dirakam sendiri oleh Bella, yang kelihatan berbual mesra dengan ibu bapa Syed Saddiq, sekali gus menunjukkan mereka sudah saling mengenali.
Menerusi kapsyen video tersebut, Syed Saddiq turut menegaskan bahawa rakaman itu adalah rakaman sebenar tanpa sebarang suntingan.
Unscripted & unedited. Thanks @bellaastillah for recording this moment of joy and making this possible.
Perkongsian itu hadir selepas media sosial sejak beberapa hari lalu hangat membicarakan gosip “BASS” (Bella Astillah & Syed Saddiq) yang dikatakan berdepan isu kehadiran ‘orang ketiga’.
Spekulasi semakin memuncak apabila segilintir netizen mendakwa ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani, lebih menyenangi individu lain kerana sering memuat naik gambar bersama wanita tersebut, namun tiada satu pun foto bersama Bella.
Namun begitu, ketiadaan foto bersama di Instagram tidak semestinya menggambarkan hubungan tegang, sebaliknya ia dianggap sebagai hak peribadi setiap individu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trendin gyang lain pada pautan di bawah.
