Syed Saddiq Tak Henti-Henti Beri Semangat Ayden Sertai Triathlon, Mana Sokongan Daripada Bapa Kandung?

Hiburan

Syed Saddiq Tak Henti-Henti Beri Semangat Ayden Sertai Triathlon, Mana Sokongan Daripada Bapa Kandung?

Baru-baru ini, gelagat anak perempuan Bella Astillah iaitu Ara Adreena yang khusyuk merakam abangnya, Ayden Adrean ketika ditemubual sempena acara 113 International Triathlon Desaru Malaysia telah mencuri perhatian ramai.

Aksi ‘comel’ Ara itu bukan saja mencuri perhatian warganet, malah perhatian Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq, di mana dia berkongsi klip memaparkan momen berkenaan di Instagram Story.

Advertisement

Dia mesti terinspirasi dengan keberanian dan semangat juang abangnya.

ig story syed saddiq

Untuk info ramai, Ayden merupakan peserta termuda dalam acara berprestij terbabit dan dia bukan saja berjaya menyelesaikan cabaran dalam acara itu tetapi anak kecil tersebut turut kelihatan berani menjawab soalan media dengan penuh yakin dengan gaya sendiri.

Hal yang menarik perhatian bukan saja tertumpu kepada ibunya, Bella Astillah yang tidak henti-henti menyokong anak lelakinya tetapi sokongan Syed Saddiq yang kekal rapat dengan aktres berkenaan sepanjang acara juga membuktikan hubungan mereka masih hangat.

Sekadar info, hasil perkahwinan dengan penyanyi, Aliff Aziz sebelum ini, Bella Astillah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden dan Ara tetapi perkahwinan yang dibina berakhir pada 13 Jun tahun lalu.

bella astillah
1 week ago

"Kena Live, Nanti Orang Kata Tak Luangkan Masa Dengan Anak Pula" - Bella Astillah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...