Syed Saddiq Setuju Paparkan Wajah Perokok Di Skrin Besar Stadium

Trending

Syed Saddiq Setuju Paparkan Wajah Perokok Di Skrin Besar Stadium

Kedegilan beberapa penonton yang menghisap rokok dalam stadium ketika menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia VS Thailand untuk separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu lalu mula viral di media sosial.  Apabila mereka ditegur boleh pula melenting sedangkan dengan jelas terpampang di skrin besar stadium peringatan “Dilarang merokok di stadium”.

Advertisement

Susulan isu itu, seorang pengguna Twitter mencadangkan agar Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil tindakan terhadap perokok tegar yang tidak mengendahkan peraturan dimana stadium merupakan kawasan larangan merokok.

Syed Saddiq memberi respon positif dan bersetuju dengan cadangan tersebut dengan memaparkan wajah perokok di skrin besar stadium dan membuat pengumuman secara besar-besaran. Ia adalah sebagai pengajaran terhadap kepada perokok untu mematuhi peraturan serta menghormati hak orang lain yang tidak merokok.




Kementerian Kesihatan mengumumkan zon larangan merokok diperluaskan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017, dengan kesalahan merokok di tempat awam boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...