Syed Saddiq Perjelas Dakwaan Sudah Edar Kad Kahwin – “Tahun Ini Sangat Bermakna Dan Istimewa”

Hiburan

Syed Saddiq Perjelas Dakwaan Sudah Edar Kad Kahwin – “Tahun Ini Sangat Bermakna Dan Istimewa”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menafikan dakwaan kononnya dia telah mengedarkan kad undangan perkahwinannya bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Syed Saddiq, 33, video yang menunjukkan dirinya seolah-olah mengedarkan ‘sesuatu’ kepada beberapa individu di Parlimen telah disalah tafsir oleh orang ramai. Jelasnya, dokumen berkenaan bukanlah kad undangan perkahwinan, sebaliknya berkaitan urusan rasmi mewakili penduduk Parlimen Muar.

Advertisement

“Saya nak bercakap jujur, bila kad itu disampaikan di Parlimen, itu sebenarnya adalah permohonan saya mewakili orang Muar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau menegaskan perkara tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab hakikinya sebagai wakil rakyat untuk menyuarakan keperluan dan permohonan rakyat kepada kepimpinan negara.

“Itu adalah tugas saya untuk sampaikan kepada kepimpinan negara. Ini adalah tanggungjawab hakiki saya,” ujarnya ketika ditemui pada majlis Dr. Cardin – The Raya Table by Dr. Cardin, semalam.

Dalam masa sama, Syed Saddiq tidak menolak kemungkinan soal perkahwinan, namun menegaskan sekiranya kad undangan itu benar-benar wujud suatu hari nanti, perkara tersebut pasti akan diumumkan secara terbuka.

Aksi Syed Saddiq Hulur ‘Sesuatu’ Di Parlimen Curi Tumpuan, Netizen Mula Berteka-Teki – “Nampak Macam Sampul Kad Kahwin”

“Kalau betul ada kad undangan perkahwinan, anda semua akan tahu. Jangan risau. Waktu saya akan tiba,” katanya sambil tersenyum.

Beliau turut mengakui perkara itu bukanlah sesuatu yang baharu dalam hidupnya dan wanita istimewa tersebut, selain memohon agar orang ramai terus mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Saya selalu minta untuk doakan saya. Kerana dia itu sangat penting. Insya-Allah tahun ini tahun yang sangat bermakna dan istimewa,” jelasnya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

adik
2026-01-29 09:31:02

"Hanya Lelaki Pengecut Sahaja Yang.." - Luahan Anak Lelaki Arwah Fahziani Rohban Jadi Tumpuan Ramai

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...