Seorang pendaki dari Amerika Syarikat, Terry Pernell (@terrypernell), yang turut mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini menjadi perhatian pengguna media sosial selepas memuat naik video bersama anak sulung penyanyi Bella Astillah, iaitu Ayden Adrean.
Terbaharu, Terry sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi video bersama abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai Space Dollah.
Menerusi video tersebut, Space Dollah berkongsi serba sedikit mengenai adiknya dan Bella bagi memberi pemahaman kepada pendaki berkenaan.
“Dia (Syed Saddiq) merupakan menteri termuda di Malaysia. Dia mempunyai visi untuk Malaysia yang melebihi kebiasaannya. Kini dia bersama seorang wanita yang hebat dan juga merupakan adik saya, Bella Astillah.”
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian netizen ialah apabila Space Dollah secara spontan menyifatkan Bella Astillah kini bersama seseorang yang dianggapnya sebagai “lelaki terbaik”.
Syed Saddiq Akui Bella Astillah Sudah Lama Ada Dalam Hatinya, Peminat Teruja – “Itu Dah Lama..”
“Dia (Bella Astillah) merupakan ibu kepada dua orang anak yang cantik dan mempunyai intelek yang luar biasa. Dia akan bersama seorang insan yang hebat yang saya kenali tidak lama lagi”.
Perkongsian ringkas itu nyata mencetuskan keterujaan dalam kalangan pengguna media sosial, malah ada yang meminta Space Dollah untuk berkongsi lebih lanjut mengenai ‘rahsia’ yang disimpan keluarga mereka berkaitan hubungan dua personaliti tersebut.
Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella Astillah baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila mendaki Gunung Kinabalu buat kali kedua dengan mengenakan busana tradisional. Ekspedisi tersebut turut disertai oleh Ayden Adrean, anak sulung Bella Astillah, sekali gus menguatkan lagi perhatian peminat terhadap keakraban mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
