Syed Saddiq Dedah Sikap Bella Astillah Yang ‘Disorok’ Selama Ini, Penduduk Sandakan Sendiri Ceritakan

Hiburan

Syed Saddiq Dedah Sikap Bella Astillah Yang ‘Disorok’ Selama Ini, Penduduk Sandakan Sendiri Ceritakan

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq telah berkongsi satu perkara tentang Bella Astillah menerusi satu podcast.

Katanya, sewaktu dalam misi bantuan ke Sandakan, Sabah sebelum ini, Syed Saddiq terkejut apabila diberitahu oleh penduduk di kawasan itu bahawa Bella sebenarnya sering menghulurkan bantuan kepada mereka.

Advertisement

Bagaimanapun, aktres dan penyanyi berkenaan sebelum ini langsung tidak pernah bercerita tentang hal tersebut di media sosial.

Orang-orang di sana kongsikan kepada saya bahawa Bella sering turun ke sini. Tetapi saya tak nampak Bella kongsikan tentang perkara ini.

Bella Astillah

Bella kemudian menjawab mengapa dia tidak berkongsi tentang hal itu di media sosial dan akui ia kerana takut akan disalah erti dan enggan keikhlasannya dipertikaikan.

Tambah Bella, sebelum berkenalan rapat dengan Syed Saddiq dia tidak ada keberanian untuk berkongsi mengenai perkara itu namun ini dia lebih nampak sudut positif.

Saya tahu orang akan bercakap. Saya tak suka sebab saya betul-betul ikhlas. Tetapi selepas awak (Syed Saddiq) beri saya nasihat, saya lebih nampak kebaikan.

@syedsaitama Orang kampung kat situ yang bagitau Bella dah selalu bagi bantuan di situ🥹 #syedsaddiq #bellaastillah #kitsui #podcast #viral #fyp ♬ Soulmate Low key (Acoustic) – RAY PEACEANO

Dalam dunia penuh content sana sini, sebenarnya ramai selebriti memilih untuk melakukan kebaikan dalam diam dan tidak menguar-uarkan tentang hal tersebut.

Zizan Razak beli kek lapis sedekah pada masjid
2025-07-17 16:18:39

Ingatkan 'Scammer', Peniaga Kek Lapis Terkejut Zizan Razak DM Nak Borong Banyak & Sedekah Ke Masjid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...