Syed Saddiq Buat Pendedahan Memeranjatkan Tentang Pendapatan Bulanan Menteri Di Malaysia

Trending

Syed Saddiq Buat Pendedahan Memeranjatkan Tentang Pendapatan Bulanan Menteri Di Malaysia

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman menjadi perhatian orang ramai apabila dia sekali lagi dituduh menerima rasuah sewaktu masih berkhidmat di bawah kementerian. Sebelum ini dia dikaitkan dengan tuduhan yang sama, apabila dia melaporkan kehilangan wang tunai sebanyak RM 250,000 di kediamannya.

4 years ago

RM250,000 Lesap Di Rumah, Syed Saddiq Nafi Wang Tersebut Adalah Milik PPBM

Advertisement

Ahli Parlimen Muar tersebut memuat naik perkongsian yang menjadi bualan dan pendebatan netizen di media sosial.

Dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat tuduhan tersebut dan bersedia memberikan kerjasama yang sepenuhnya sejak kes ini mula disiasat hampir 2 bulan lalu.

Perkongsian dan pendedahan terperinci Syed Saddiq ini mengejutkan orang ramai tentang jumlah gaji dan elaun yang diterima oleh menteri di Malaysia setiap bulan.

Gaji dan elaun yang tinggi diperolehi menteri di Malaysia.

Malah jumlah yang dikongsikannya itu tidak termasuk pembayaran one-off lain yang diperolehi.

Seorang Ahli Parlimen, yang juga merupakan seorang menteri memperolehi pendapatan sekitar RM 55,000 setiap bulan.

Mereka akan turut mendapat insentif tambahan sekiranya perlu ke kawasan perwakilannya atau menghadiri program yang jauh dari pejabat.

Antara elaun lain yang turut diterima ialah RM 70,000 untuk percutian tahunan, RM 180 sehari untuk makanan, RM10,000 jika mereka peru berpindah dari kediaman asal dan yang paling menjadi pendebatan ialah elaun one-off untuk pinggan mangkuk  sebanyak RM 42,000.

Dan sekiranya diberhentikan dari jawatan, mereka juga akan menerima pembayaran one-off sebanyak RM150,000.

“Sehingga kini, saya masih tidak mengerti mengapa perlu ada menteri yang menerima rasuah,” kata Syed Saddiq.

Orang ramai yang membaca pendedahan ini rata-rata melahirkan rasa terkilan dengan perbezaan pendapatan yang jauh antara menteri dan rakyat. Mereka turut memuji bekas menteri itu kerana berani dan bersikap telus dalam pendedahannya.

Sekiranya pendedahan Syed Saddiq ini adalah benar, menteri seharusnya perlu berkhidmat dengan jujur dan ikhlas demi kepentingan rakyat.

Gaji dan elaun yang diperolehi dari sumber pendapatan negara ini, pastinya rakyat mengharapkan para menteri memberikan komitmen yang tinggi dalam menyalurkan khidmat mereka kepada masyarakat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...