Syed Saddiq Bersuara Lantang Kes Zara – “Dah Protes, Baru Berani Tukar Pengetua & Warden”

Berita

Syed Saddiq Bersuara Lantang Kes Zara – “Dah Protes, Baru Berani Tukar Pengetua & Warden”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mencuri perhatian ramai selepas mempertikaikan kelewatan siasatan kes buli yang menimpa Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13 tahun.

Melalui video terkini di Instagram, Saddiq menegaskan tindakan hanya diambil selepas kes tersebut tular dan menarik perhatian orang ramai. Beliau mempersoalkan mengapa pengurusan sekolah hanya menukar pengetua dan warden selepas protes.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Malah dia turut mengapa polis dan pihak berkuasa mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk bertindak, termasuk pelaksanaan postmortem.

Kita lihat kes adik Zara, dah viral, dah ada protes baru ada keberanian nak tukar pengetua, warden.

Saddiq menekankan kebimbangan terhadap ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah berasrama penuh dengan harapan keselamatan terjamin. Beliau turut menegaskan bahawa lambatnya tindakan menimbulkan persoalan mengenai prosedur dan tanggungjawab pihak berkuasa dalam melindungi pelajar.

syed saddiq support zara

Rata-rata netizen memberikan sokongan padu terhadap tindakan beliau, mengucapkan terima kasih kerana membela nasib arwah dan menuntut keadilan. Isu ini juga menimbulkan perdebatan mengenai kepentingan keselamatan pelajar di institusi pendidikan dan keperluan memastikan tindakan cepat serta telus. Sikap tegas Saddiq mendapat pujian kerana mewakili suara masyarakat dalam menuntut keadilan untuk Zara Qairina.

pasti zara
2025-08-13 16:31:17

"Seolah-Olah Rasuah" - Bangga Tontonan 1 Juta, Tadika PASTI Dikecam Tunggang Kes Zara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...