Syed Saddiq Arah ‘Clearkan’ RM1 Juta, Elak Disita SPRM – Timbalan Pendakwa Raya

Berita

Syed Saddiq Arah ‘Clearkan’ RM1 Juta, Elak Disita SPRM – Timbalan Pendakwa Raya

Pihak pendakwaan mendakwa Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi arahan supaya Penolong Bendahari Armada BERSATU untuk ‘clearkan’ wang RM1 juta bagi mengelakkan wang itu disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, memaklumkan kepada mahkamah bahawa arahan tersebut dikeluarkan kepada Rafiq Hakim Razali, individu yang diamanahkan untuk mengurus dana tersebut.

Advertisement

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin

Menurutnya, terdapat keterangan yang menunjukkan Syed Saddiq mengarahkan Rafiq, yang juga merupakan saksi pendakwaan ke-13 (SP13) untuk mengeluarkan wang itu pada 6 Mac 2020.

Tambahnya lagi, Syed Saddiq turut meminta bekas EXCO Armada, Abdul Hannaan Khairy, dan seorang lagi saksi supaya mendatarkan semula resit dan sebut harga bertarikh 2 Jun 2020, untuk tujuan dokumentasi.

Menerusi perbualan telefon, perayu didakwa meminta SP13 untuk ‘clearkan’ dana tersebut kerana bimbang ia akan disita oleh SPRM.

SP13 menjelaskan semasa soal balas bahawa istilah ‘clearkan’ bermaksud tidak menyimpan wang tersebut di rumah. Semasa pemeriksaan utama, dia turut memaklumkan bahawa perayu menyatakan dana itu merupakan hasil usahanya sendiri dan perlu dikeluarkan dari akaun Armada.

syed saddiq2

Wan Shaharuddin turut menjelaskan bahawa Syed Saddiq tidak didakwa melakukan pecah amanah secara langsung, sebaliknya bersubahat dengan Rafiq dalam melaksanakan perbuatan tersebut.

Pendakwaan hanya perlu membuktikan wujudnya arahan yang dikeluarkan oleh perayu, yang menjadi asas kepada pertuduhan bersubahat.

Dia menegaskan bahawa sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi adalah berdasarkan undang-undang dan keterangan yang kukuh, tanpa sebarang kekhilafan yang memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.

Malah, hukuman sebatan ke atas Syed Saddiq dianggap munasabah memandangkan dia masih muda.

syed saddiq
2 hours ago

Keputusan Tangguh Ke Tarikh Lain, Prosiding Rayuan Syed Saddiq Selesai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...