Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sekali lagi mencuri perhatian apabila secara terbuka mengakui bahawa pelakon dan penyanyi Bella Astillah sudah lama berada di dalam hatinya.
Pengakuan manis itu tercetus selepas Bella bertanya sama ada dia boleh berada di dalam hati Syed Saddiq atau sebaliknya.
“Kita tak sampai ke puncak tapi sampai ke hati boleh?” soal Bella.
“Itu sudah lama (sampai ke hati), tidak perlu nak mendaki ke Gunung Kinabalu,” jawab Syed Saddiq yang tampil segak mengenakan baju Melayu berwarna merah jambu.
Detik berkenaan nyata membuatkan peminat teruja, malah ramai menyifatkan Syed Saddiq sebagai seorang lelaki yang romantis dan ‘green flag’.
“Manisnya tengok mereka berdua, cepatlah kahwin.”
“Tersengih-sengih seorang diri tengok video ini, cepatlah umum berita baik,” antara komen netizen.
Difahamkan, Bella dan Syed Saddiq kini dalam misi untuk menawan puncak Gunung Kinabalu sekali lagi. Tahun lalu, mereka berjaya tiba di puncak dengan mengenakan busana tradisional iaitu baju kurung dan baju Melayu, sekali gus mencuri perhatian ramai.
Lebih menarik, misi kali ini turut disertai anak lelaki Bella, Ayden Adrean, yang baru berusia sembilan tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
