Syazwan Zulkifly Tak Tolak Andai Berjodohan Dengan Wan Sharmila

Hiburan

Syazwan Zulkifly Tak Tolak Andai Berjodohan Dengan Wan Sharmila

Mendedahkan dirinya tidak menolak sekiranya berjodohan dengan aktres Wan Sharmila, pelakon Syazwan Zulkifly akui  buat masa sekarang hubungan mereka masih sebagai seorang kawan.

Syazwan Zulkifly Tak Tolak Andai Dijodohkan Jodoh Dengan Wan Sharmila

Advertisement

Menurutnya, bukan sekadar dirinya, namun beliau akui semua lelaki inginkan perempuan yang lemah lembut seperti Sharmila atau lebih mesra disapa Lala.

“Saya tak menolak sekiranya jodoh saya dengan Lala. Kalau dah memang ditakdirkan, takkan saya nak tolak apa yang Allah dah tentukan. Saya rasa bukan saya seorang saja. Semua lelaki menginginkan perempuan macam Lala.

Syazwan Zulkifly Tak Tolak Andai Dijodohkan Jodoh Dengan Wan Sharmila

Meskipun begitu, beliau juga dilihat seakan redha dan menerima dengan hati yang terbuka apabila rata-rata peminat mendoakan agar mereka bersama di dunia realiti.

“Saya tak takut bila ramai yang mendoakan agar kami bersama. Bukannya mereka mendoakan yang tidak elok, itu perkara baik. Saya okey saja.”

Syazwan Zulkifly Tak Tolak Andai Dijodohkan Jodoh Dengan Wan Sharmila

Menurut Syazwan beliau akui Lala seorang yang sopan dan berdikari.

“Saya dah lama kenal dengan Lala. Lala seorang wanita yang berdikari, semua benda dia buat sendiri. Dia juga lemah lembut dan sangat sopan orangnya.”

Terdahulu, Lala memaklumkan bahawa hubungannya bersama aktor jejaka ter hanya sekadar kawan.

Syazwan Zulkifly Tak Tolak Andai Dijodohkan Jodoh Dengan Wan Sharmila

Jelasnya, hubungan mesra yang terpapar menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu hanya sekadar lakonan dalam semata-mata.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...