September 30th, 2015

Pernah mengalami episod duka  selepas putus cinta dengan aktres Faye Kusairi sebelum ini, Syazwan Zulkifly yang terkenal dengan watak Apek menerusi  drama bersiri Juvana sudah bertemu  pengganti.

Syazwan akui hati beliau sudah dimiliki oleh pelakon serta pengacara Hlive Shenty Feliziana.  Mereka mula rapat dan mengenali antara satu sama lain ketika bekerjasama didalam sebuah drama bertajuk Padamu Aku bersujud.

Malah, beliau juga tidak merasa malu untuk mengumumkan hubungan mereka kepada umum kerana tahu sebagai selebriti beliau harus kongsikan berita yang penting sebegini kepada peminat.

Kisah cinta saya biasa-biasa sahaja. Cemburu dan bergaduh itu adalah perkara normal dalam hubungan cinta. Namun segala-galanya boleh dibawa berbincang dan masalah akan selesai.

Apabila sudah bercinta perlulah ada komitmen. Dahulu tak perlu balas mesej segera, tetapi sekarang kalau sibuk sekali pun, kenalah ambil masa berbalas mesej atau bercakap di telefon.

Saya tidak kisah untuk mengakui sedang bercinta sekarang dan berkongsi apa yang saya rasakan perlu.

Setiap manusia perlukan pasangan untuk berkongsi suka dan duka mereka, jagalah hubungan yang dibina dengan baik. Harap Syazwan Zulkifly dan Shenty Feliziana berbahagia selalu.

Sumber Berita: Mangga Online


Comments are closed.

Loading...