Ketika ini beberapa orang pelakon mempersoalkan peranan Seniman yang dilihat cukup berusaha untuk membantu kebajikan artis Makaysia. Antara yang mempersoalkan Seniman ialah Syazwan Zulkifly yang mendakwa digam Astro kerana satu kes melibatkan Syazwan dengan seorang pengacara Astro yang berasal dari Singapura.
Ketika dihubungi mStar Online, Zed Zaidi selaku Presiden Seniman, Zed Zaidi menjawab dengan pertanyaan:
Syazwan! Mana surat kena ban?
Zed mendakwa Syazwan tidak mengerti Seniman bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan bukannya buat sesuka hati.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Dan Seniman tidak berbuat apa-apa kerana Syazwan tidak membuat aduan secara rasmi kepada pihaknya, sebaliknya dia hanya meluah rasa di laman sosial.
Contohnya mudah saja. Nak suruh polis bertindak, pergilah buat laporan polis secara rasmi. Ini tidak… tak ada pun borang aduan secara rasmi kami terima?
Nak harap kita dengar masalah dia di media dan ambil tindakan, bukanlah semua benda kita tahu kerana kita ada 6,000 ahli.
Eh, betul juga kata-kata Zed Zaidi itu. Selagi tiada aduan rasmi dan tiada juga surat rasmi dari Astro menyatakan Syazwan digam, yang tinggal hanya kata-kata tanpa pembuktian. Dengan ini, mungkin Syazwan patut mengemukakan aduan rasmi supaya pihak persatuan boleh mengemukakan bantahan kepada pihak Astro mengenai apa yang berlaku.
Tak silap penulis, kes yang diperkatakan ialah kes di mana Syazwan dikatakan telah memukul Shenty Fezliana, pengacara HLive yang pernah menjadi teman wanitanya sehingga ia menjadi kes polis dua tahun lepas.
Bagaimanapun, Shenty kemudiannya menarik balik laporan polis dengan syarat Syazwan tidak lagi menghubungi atau mendekatinya selepas itu. – beautifulnara.com