Sepuluh tahun berkenalan dan hampir empat tahun menjalin hubungan cinta, pelakon Syazwan Zulkifly bakal mengikat tali pertunangan dengan seorang pramugari, Syawariah Zulkifli pada 31 Ogos ini di Taiping, Perak.
Syazwan berkata sudah tiba masanya untuk dia melangkah ke fasa yang lebih serius dalam hubungan percintaan memandangkan usianya sudah menginjak 32 tahun.
Sebelum ini pun saya serius tapi kalau dah tiada jodoh nak buat macam mana? Saya kenal dia sudah lama, mak ayah dia pun saya sudah kenal dan umur saya pula semakin tua, saya rasa sudah tiada apa yang nak ditunggu lagi.
Saya sudah lama mengenalinya, hampir 10 tahun dan asalnya kami hanya berkawan. Dia seorang yang sangat memahami saya. Soal kerja atau gosip tentang saya semua dia tahu. Kalau saya balik pukul 2 atau 3 pagi pun, tak perlu nak jelaskan.
Bagaimanapun Syazwan tidak menetapkan berapa lama tempoh pertunangan itu. Kami doakan agar segala perancangan pertunangan pasangan ini akan dipermudahkan.