Syazwan Zulkifli Mohon Maaf Kepada Bekas Suami Nabila Huda

Hiburan

Syazwan Zulkifli Mohon Maaf Kepada Bekas Suami Nabila Huda

Mungkin ada yang keliru dengan artikel yang Abang Nara keluarkan sebelum ini. Abang Nara pun secara jujur keliru dengan apa yang terjadi. Rupa-rupanya pemandu kereta Nabila Huda yang terlibat dengan kemalangan di Karak semalam ialah Syazwan Zulkifli.

syazwan zulkifliLuahan kemarahan dan tidak puas hati bekas suami Nabila menerusi akaun Twitter juga ditujukan kepada Syazwan Zulkifli. Namun begitu, Syazwan juga telah memohon maaf kerana tidak menegur bekas suami Nabila Huda di hospital.

Advertisement

syazwan zulkifli

Apa pun, Nabila Huda hanya dirawat sebagai pesakit luar akibat kemalangan ini. Tiada kecederaan serius yang dialami olehnya. Sementara itu Keisha pula disahkan tidak mengalami apa-apa kecederaan dalaman menerusi imabasan otak. Malah Keisha juga hanya mengalami retak pada bahagian tangan kiri dan bukan patah seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

keisha

Alhamdulillah kesemua yang terlibat di dalam kemalangan ini tidak mengalami kecederaan serius walaupun kereta sampai tunggang terbalik. Panjatkanlah kesyukuran kepadaNya kerana dipanjangkan umur. Semoga kita semua mengambil iktibar daripada apa yang terjadi.

P.S: Need For Speed Hero dipamerkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...