Syazwan Zulkifly Sinonim Dengan Watak Jahat, Dedah Diri Sebenarnya Pemalu

Hiburan

Syazwan Zulkifly Sinonim Dengan Watak Jahat, Dedah Diri Sebenarnya Pemalu

Kalau anda rajin mengikuti drama atau filem tempatan, pasti pernah terlihat wajah Syazwan Zulkifly di kaca televisyen. Antara lakonannya yang mendapar perhatian ialah dalam filem Suamiku Encik Perfect 10 membawakan watak antagonis.

Tak tahulah, mungkin wajahnya itu yang nampak nakal membuatkan dia sering ditawarkan watak jahat. Untuk pengetahuan anda, menerusi laporan Utusan Online, Syazwan masih belum punya kekash jadi gadis-gadis di luar sana bolehlah try.

Advertisement

Saya kalau boleh tidak mahu mak saya tahu. Mungkin benda ini kecil dari pemerhatian mereka namun bagi keluarga penerimaan mereka mungkin boleh jadi berbeza. Sebagai pelakon saya tahu saya perlu bersedia soal ini, tetapi kalau boleh elak saya akan cuba elak sebab memikirkan kesannya kelak. Ibu saya memang tidak ada masalah, mungkin kalau saya ada teman wanita dia pula yang pelik memandangkan saya memang berkongsi semuanya dengan dia. Buat masa ini saya hanya mahu berikan tumpuan buat kerjaya dahulu, tetapi kalau ada saya akan kongsikan

 


Asyik-asyik bawa watak jahat, mesti ada yang menganggap perwatakan sebenar Syazwan memang sebenarnya sebegitu. Di Malaysia saja, ada yang mengaku dibenci orang ramai kerana berjaya membawakan watak penjahat atau antagonis dengan berkesan.

Bila sudah selalu sangat bawa watak sebegini memang melekat sangkaan yang tidak baik, tetapi saya percaya itu hanya akan dipercayai orang luar dan bukan orang yang kenal saya. Saya tidak kisah kerana apa yang saya lakukan adalah untuk watak jadi itu sudah menjadi tanggungjawab saya.

Saya lihat ini ada dua bahagian, positifnya bila orang percaya dengan bakat lakonan saya bila terus ditawarkan dengan watak ini. Negatifnya pandangan orang yang kononnya watak yang saya bawa adalah diri saya yang sebenar, memang itu adalah perkara yang saya tidak boleh buat apa-apa.

Dan memang tidak disangka-sangka di sebalik watak antagonistik yang sering dibawa, Syazwan sebenarnya seorang yang pemalu.

Mungkin bila selalu sangat bawa watak jahat ada orang labelkan saya begitu, tetapi jujur saya memang sukar naik marah. Saya juga sebenarnya seorang yang pemalu, itu antara sikap saya yang orang tidak tahu.

Ialah, mungkin selepas ini Syazwan akan diberi peluang untuk membawa watak hero atau protagonis pula. Pada masa itu mungkin persepsi masyarakat akan berubah. Apa pun jika persepsi masyarakat terhadap anda menjadi negatif kerana watak jahat yang sering dibawakan, itu petanda lakonan anda menjadi dan berkesan. Patut rasa gembira tu. Good luck buat Syazwan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...