Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Syazuwan Hassan Kuatkan Iman, Sering Terima Mesej Bukan-Bukan, “Ada Yang Berani Ajak Buat Hubungan Terlarang!”

Mengakui dirinya sering diuji dengan pelbagai tawaran ‘menarik’ daripada pengikut media sosial, pelakon Syazuwan Hassan mendedahkan bahawa dunia glamor telah mendedahkan dirinya dengan pelbagai jenis perbuatan tidak bermoral dan tidak baik.

Syazuwan, 30, turut meluahkan kebimbangan apabila ramai yang mengajaknya ke lembah maksiat dan dia hanya mampu menguatkan pegangan agama agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan itu.

Menurutnya lagi, dia menerima banyak mesej, video serta gambar yang dihantar pengikut media sosial namun memilih untuk tidak melayan melainkan atas urusan kerja. Baginya, jika dia ‘melayan’, segalanya boleh dijadikan bukti yang dapat dimanipulasi orang yang berniat jahat.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by @syazuwan.hassan

“Saya akui banyak dugaan..sebagai persediaan kuatkan iman sajalah! Apa-apa pun kena berfikir dahulu sebelum nak buat sesuatu, kena fikir panjang sebab sebagai public figura orang akan perhatikan kita. Saya terima banyak mesej, ada video, gambar yang dihantar pengikut tapi saya tak layan melainkan hal berkaitan kerja. Kalau saya layan boleh jadi bukti kerana semua perbualan ada di situ.”

Tambah mengejutkan, kebanyakan individu yang menghantar mesej bukan-bukan itu bukanlah daripada akaun palsu malah ada yang berani mengajak Syazuwan untuk berjumpa dan melakukan hubungan terlarang.

Kata pelakon drama Bidadari Salju itu lagi, kadang-kadang jika berada dalam ‘mood’ rajin, Syazuwan akan membalas mesej individu berkenaan dan memberi nasihat yang sewajarnya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by @syazuwan.hassan

Dedahnya lagi, terdapat juga beberapa kenalan yang memberi cadangan  agar membuat sedikit kontroversi murahan agar namanya lebih dikenali dan disebut-sebut peminat.

Namun begitu, Syazuwan enggan dan memilih untuk dikenali atas dasar bakat dan hasil kerjaya seninya berbanding popular kerana isu yang memalukan.

Sumber : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top