Syatilla Melvin Tunggu Shaheizy Sam Untuk Bawa Hubungan Ke Fasa Seterusnya

Hiburan

Syatilla Melvin Tunggu Shaheizy Sam Untuk Bawa Hubungan Ke Fasa Seterusnya

Identiti gadis yang bakal menjadi kekasih Shaheizy Sam seringkali menjadi topik perbualan ramai. Iyerlah, Shaheizy Sam bukanlah muda sangat. Memang sesuai dah untuk jadi suami orang. Rakan-rakan seangkatan pun kebanyakannya dah berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Fazura, Syatilla Melvin dan Puteri Najwa antara nama yang sering dikaitkan dengan Shaheizy Sam. Namun sehingga ke hari ini, pelakon hebat itu terus mendiamkan diri apabila ditanya tentang hubungan cintanya.
shaheizy sam Sebelum ini Shaheizy Sam pernah membuat pengakuan yan hanya Puteri Najwa adalah bekas kekasihnya. Ini bermakna Fazura dan Syatilla Melvin satu ketika dahulu mungkin bertepuk sebelah tangan. Namun itu cerita ‘bekas kekasih’. Hari ini, Syatilla Melvin tampil mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Shaheizy Sam. Mungkinkah Syatilla Melvin ‘kekasih’ Shaheizy Sam sekarang? Kata Syatilla:-

Saya berkawan baik dengannya. Malah, hubungan kami juga rapat. Tipulah, kalau saya katakan saya tidak rapat dengannya. Bahkan, kami kerap keluar bersama-sama sekiranya masing-masing ada masa terluang. Tapi, kami bukanlah keluar berdua sebaliknya akan ada kawan-kawan lain bersama. Untuk ke fasa seterusnya, biarlah perkara itu keluar daripada mulutnya sendiri.

Advertisement

syatilla melvin

Daripada ayat Syatilla, nampak macam dia sedang menaruh harapan kepada Shaheizy Sam. Adakah Shaheizy Sam akan membalas cinta Syatilla? Atau Shaheizy Sam memang menganggap Syatilla sekadar kawan rapat sahaja? Hanya Shaheizy Sam ada jawapannya. Sama-samalah kita nantikan. Sumber Sinar Harian.

P.S: KIA turunkan harga kereta sempena GST

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...