January 12th, 2016

Baru-baru ini ada sumber mengatakan bahawa Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin bakal adakan satu sidang media bagi memperjelaskan status sebenar hubunan mereka.

Namun, Syatilla yang tidak henti dihubungi oleh wartawan yang ingin bertanyakan mengenai hal tersebut memberitahu beliau sama sekali tidak tahu akan sidang media berkenaan dan sedang sibuk menjalani penggambaran drama.

Saya menerima panggilan sejak dari pagi tadi, tidak berhenti telefon saya berdering. Jujurnya, memang tiada apa yang dirancang daripada pihak saya. Tiada apa yang mahu disorokkan pun, malah saya sedang sibuk menjalani penggambaran drama ketika ini.

Malah, Syatilla juga menjelaskan beliau tidak menerima sebarang jemputan daripada pihak Sam untuk menghadiri majlis minum petang bersama aktor itu yang bakal berlangsung esok di Hotel Sunway Putra.

Syatilla juga sekali lagi  menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Sam.

Sehingga saat ini juga saya tidak dijemput ke majlis minum petang yang melibatkan Sam itu. Kalau dijemput sekalipun, bagaimana saya hendak ke sana kerana masih terikat dengan jadual penggambaran. Saya sendiri tidak tahu mengapa orang asyik naikkan kisah yang sama sahaja tentang kami sedangkan antara kami tiada apa-apa, percayalah cakap saya.

Hurm..Syatilla Melvin terus menafikan beliau tidak bercinta dengan Sam tetapi masih ramai yang mempercayai mereka sebenarnya pasangan kekasih. Tidak apa lah, tunggu sahaja pengumuman besar yang bakal dilakukan oleh Sam esok.

Sumber Berita: Utusan Online


Comments are closed.

Loading...