Dalam kemeriahan majlis perkahwinan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, masih ada lagi perkara yang tidak kena apabila pakaian Syatilla pada hari bahagianya itu dikritik ramai lebih-lebih lagi sewaktu majlis resepsi di Pulau Pinang dimana turban yang dipakai oleh Syatilla tampak agak tidak kena dan membuatkan Sam kelihatan rendah.
Malah, ada komen yang mengatakan lebih baik untuk Syatilla memakai tudung biasa daripada turban berkenaan.
Sedar ada pihak yang mengkritik beliau, Syatilla nampaknya enggan ambil pusing dengan hal remeh temeh seperti itu.
Orang kita memang suka mencari kekurangan orang lain. Saya tahu perkara sebegitu pasti jadi buah mulut namun saya tidak ambil pusing.
Paling penting, saya bersyukur kerana dapat menjamu lebih 10,000 tetamu. Cakaplah apa saja mengenai busana perkahwinan saya, yang penting saya puas hati dengan rekaannya.
Pada masa yang sama, Sam pula menafikan beliau terpaksa akur dengan kehendak penaja dan memberitahu ramai yang sudah salah anggap, apabila mendakwa majlis mereka indah khabar daripada rupa serta mempersoalkan dimanakah penajaan RM 25 juta seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.
Ramai salah anggap apabila bercakap soal penajaan. Hakikatnya tajaan tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit tetapi ada juga barangan.
Bercakap soal busana perkahwinan, apa yang boleh saya katakan tidak semua orang sempurna. Ini majlis kami, jadi kami tahu apa kami pakai.
Setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan, pada anda mungkin pakaian itu tidak sesuai tetapi pada Syatilla ia sudah cukup sempurna. Apa yang penting tuan empunya badan merasa selesa sudahlah. Doakan agar perkahwinan mereka kekal sehingga ke jannah.