January 19th, 2016

Bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah tampil mesra menerusi foto pra perkahwinan mereka yang diambil oleh Amir Naufal Photography baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, foto “terlajak mesra” Sam dan Syatilla mendapat kritikan beberapa pihak. Ada yang berpendapat agak tidak manis untuk wanita bertudung seperti Syatilla mengambil gambar terlalu rapat dengan lelaki bukan muhrimnya.

Namun, Syatilla enggam ambil pusing akan hal berkenaan dan ingin fokus kepada majlis perkahwinan beliau.

Biarlah orang nak cakap apa pun. Saya tak nak ambil tahu. Buat apa saya nak ambil tahu kalau ia hanya untuk menyakitkan hati saya?

Lagipun, saya tak nak tambahkan lagi tekanan saya hanya kerana perkara-perkara remeh ini. Lebih baik saya terus fokus dengan persiapan perkahwinan saya.

Biarlah, kalau artis itu sendiri tidak mahu ambil tahu akan isu berkenaan untuk apa lagi anda buang masa dan menasihati beliau? Doakan sahaja agar segala persiapan perkahwinan Syatilla dan Sam berjalan dengan lancar dan bahagia sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Sinar Harian


Comments are closed.

Loading...