Dek kerana tampil dengan gaya rambut terbaru, aktres Syatilla Melvin yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan Shaheizy Sam didakwa oleh sesetengah pihak bahawa beliau sudah putus cinta. Namun, menerusi satu kenyataan kepada Berita Harian, Syatilla memberitahu perubahan imej beliau yang kini berambut pendek adalah kerana beliau terlalu bahagia dengan kehidupan dan bukan gagal dalam percintaan.
Syatilla sudah lama menyimpan impian untuk memotong pendek rambutnya tetapi beliau tidak mempunyai kekuatan untuk melakukannya kerana khuatir jika imej tersebut tidak sesuai dengan dirinya.
Sebenarnya saya sejak kecil lagi tidak pernah berambut pendek. Sudah lama saya menyimpan niat untuk memotong pendek rambut ini tetapi pelbagai perkara bermain di benak fikiran ini. Risau tidak kena dengan bentuk muka dan sebagainya.
Ada juga yang turut menanyakan kepada saya sama ada saya putus cinta atau kecewa kerana memotong rambut pendek sebegini namun bagi saya kenapa tunggu sehingga putus cinta untuk potong rambut kan?
Saya memotong rambut kerana begitu gembira dengan kehidupan. Sekali gus membuang dan enggan menoleh lagi kisah lampau. Ini satu kepuasan buat diri saya.
Tampil dengan gaya rambut baru memudahkan beliau untuk bersiap dengan lebih cepat kerana perlu mengambil masa sedikit sahaja berbanding masa yang diambil ketika berambut panjang sebelum ini.
Saya mempunyai rambut yang panjang dan tebal, ia membuatkan saya mengambil lebih kurang 30 minit untuk bersiap jika hendak keluar. Namun kini saya hanya memerlukan 10 minit saja.
Jom lihat beberapa lagi foto Syatilla Melvin berambut pendek dibawah:-