Membahagiakan ibu bapa yang sudah berpenat lelah membesarkan anak-anak sehingga dewasa adalah suatu kepuasan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Perkara itu bagai menjadi kenyataan buat pelakon jelita Syatilla Melvin tidak menyangka dapat menghadiahkan gelang emas buat ibunya yang tersayang.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Syatilla dilihat membuat kejutan menghadiahkan ibunya gelang emas besar hasil titik peluhnya berniaga. Menurutnya, selain mengutamkan ibunya, berkat doa wanita itu juga menyebabkan dirinya kini sudah berjaya serta dimurahkan rezeki.
“Bila kita utamakan orang tersayang lebih dari diri sendiri Allah balas dengan semua bentuk bahagia dan rezeki melimpah-melimpah bagai ke ladang gandum lalu ambik coco crunch makan dengan susu, ya Allah sedapnya.”
Malah, Syatilla juga dilihat menitip kata-kata supaya ibunya tidak henti mendoakan kesejahteraan buat dirinya di dunia mahupun akhirat.
“Ibu jangan pernah berhenti berdoa untuk keberkatan anak-anak ibu dunia akhirat. I love you,”
Tiada niat lain, Syatilla bagaimanapun berharap agar perkongsian tersebut mampu memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjana pendapatan daripada hasil titik peluh sendiri.
“Moga video ni dapat bagi inspirasi untuk orang-orang di luar sana supaya mula berniaga atau cari duit hasil titik peluh sendiri untuk bahagiakan orang yang tersayang.”
Bagai sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya berasa bangga dengan pencapaian yang diperoleh Syatilla kini. Selain mendoakan agar Syatilla keka sukses dalam perniagaan, peminatnya juga turut menzahirkan rasa teruja dengan kehidupan yang dilaluinya kini berbanding dahulu.