Percaya pada suaminya, pelakon Shaheizy Sam tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang diberikan biarpun acap kali melihat kisah kegagalan rumah tangga ekoran kecurangan suami, pelakon jelita Syatilla Melvin akui tidak takut andai suaminya digoda kerana yakin Sam tahu jaga batasan.
Ujar Syatilla, sebagai seorang isteri beliau amat mempercayai suaminya.
“Saya percaya Sam tidak akan berbuat demikian, bagaimanapun sebagai wanita saya tetap juga berfikir. Disebabkan itu, saya menceburi bidang perniagaan untuk mempunyai sumber kewangan stabil.”
Bercakap berkenaan kerjaya seni, beliau akui tidak mahu bergantung kepada dunia lakonan semata-mata kerana yakin jangka masa seorang pelkaon itu bukanlah lama.
“Jadi, saya memerlukan simpanan sendiri demi kebaikan pada masa hadapan.”
Ujar Syatilla, perkara itu juga menjadi salah satu faktor dirinya kini sedang sibuk mengembangkan perniagaannya.
Sebelum ini, Syatilla memaklumkan susuk tubuh sasa Sam ketika menerajui filem aksi mungkin menjadi dambaan ramai, namun dirinya mempunyai pandangan berbeza.
Hal ini kerana, beliau amat menyenangi bentuk badan Sam yang berisi kerana aktor itu tidak perlu melakukan rutin senaman dan diet ketat.
Untuk rekod, pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 8 Februari 2016 dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: BH Online