Syasya Rizal Kongsi Tentang Penghijrahan – “Dulu Orang Panggil ‘Queen’, Sekarang Sindir Ustazah TikTok”

Hiburan

Syasya Rizal Kongsi Tentang Penghijrahan – “Dulu Orang Panggil ‘Queen’, Sekarang Sindir Ustazah TikTok”

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, mencuri perhatian di laman Threads apabila berkongsi luahan jujur mengenai perjalanan hijrahnya yang penuh ujian — termasuk kecaman dan perubahan layanan daripada orang sekeliling.

Dalam hantaran tersebut, Syasya menggambarkan bagaimana suara-suara normalisasi perbuatan yang tidak bersesuaian dahulu sering mempengaruhi dirinya.

Advertisement

Syasya Rizal

“Alaa skirt pendek je pun. Semua orang pakai.”
“Menari sikit je, bukan dosa besar pun.”
“Yang penting dapat followers, dapat job, dapat duit.”

Menurut Syasya, ayat-ayat seperti itu diulang sehingga membuatkan hatinya menjadi “mati rasa”, seolah-olah dosa hanyalah sebahagian daripada kandungan media sosial.

Dia mengakui ketika dahulu, setiap pandangan orang membuatkan dia rasa disayangi. Namun apabila dia menutup aurat, layanan itu berubah secara drastik.

Bagi Syasya, ramai hanya meraikan hijrah seseorang jika mereka masih kelihatan “cantik” mengikut standard masyarakat.

Namun, titik perubahan sebenar berlaku apabila dia mula rasa hilang. Dalam kehilangan itu, Syasya berkata dia menemui dirinya semula.

Satu persatu video dan gambar lamanya dipadam. Bukan kerana takut dihukum warganet, tetapi kerana dia malu jika Allah yang melihatnya.

Syasya menutup hantaran tersebut dengan doa yang menyentuh hati  menggambarkan kejujuran dan kesungguhan dalam hijrahnya.

“Ya Allah… jangan kembalikan aku kepada versi yang manusia sayang, tapi Kau tak redha.”

Luahan tersebut menerima sokongan ramai yang memuji keberanian Syasya berkongsi sisi peribadinya serta mendoakan agar perjalanan hijrahnya terus dipermudahkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-17 11:11:33

Datin Intan Najuwa Buka IG Baru Jual Barang 'Preloved', Netizen Terkesima Tengok Harga - "Kita Bukan 'Target Market' Dia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...