Syasya Rizal Kongsi Perjalanan Berhijrah, Akui Tidak Mudah – “Kadang Terfikir Patah Balik Mungkin Lebih Mudah”

Hiburan

Syasya Rizal Kongsi Perjalanan Berhijrah, Akui Tidak Mudah – “Kadang Terfikir Patah Balik Mungkin Lebih Mudah”

Bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal telah berkongsi perjalanan hijrahnya yang penuh cabaran serta pelbagai tanggapan daripada orang sekeliling.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Syasya atau nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal mendedahkan bahawa persepsi orang luar terhadap dirinya pernah membuatkan dia terfikir untuk tidak lagi bertudung.

Advertisement

syasya rizal

Namun, Syasya menegaskan bahawa dia hanya berusaha untuk menjadi versi terbaik dirinya setiap hari, lebih baik daripada sebelumnya.

Sejak saya pakai tudung, perjalanan ini sangat mencabar dan menguji mental. Ia tak semudah yang orang nampak.

 

Kadang-kadang akan terfikir, patah balik itu mungkin cara yang paling mudah.

 

Orang ingat kita dah alim tapi tak pun. Saya sama saja macam yang lain, masih mencuba untuk jadi seseorang yang lebih baik.

Dalam pada itu, penyanyi itu turut memberitahu dia sentiasa mengingatkan diri sendiri agar tidak riak dalam proses untuk istiqamah.

syasya rizal

Dia juga sempat menitipkan pesanan kepada wanita di luar sana yang dalam proses beristiqamah untuk perlahan-lahan menjalani fasa baru.

Untuk semua wanita di luar sana yang tengah berjuang untuk istiqamah, tidak mengapa jika perjalanan itu agak lambat dan jangan terlalu memaksa.

 

Perjalanan kita semua tak sama, jadi tak perlu bandingkan dengan orang lain.

@syasya.rzl A little reminder to my girlies yang trying to keep istiqamah 🫶🏻 We got this okie, slowly but surely.. btw lurve betul tudung dari @Hegira Official ♬ 恋爱频率 – Sasablue

fazura keluar lagu raya bersama syasya dolla
4 days ago

Syasya, Nur Fazura Dalam Diam Muncul Dengan Projek Lagu Sempena Aidilfitri Berjudul 'Raya Pum Pang'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...