Pelakon dan penyanyi Nur Fazura nampaknya dalam diam tampil dengan projek terbaru sempena raya tahun ini apabila dia menerbitkan lagu raya pertamanya berjudul Raya Pum Pang.
Malah, debut kali ini turut menampilkan bekas kumpulan Dolla, Syasya Rizal bersama-sama berkolaborasi dalam lagu raya tersebut.
Dalam satu hantaran di Instagram, Fazura tampil meluahkan rasa gembira di atas kelahiran hasil seni terbarunya itu.
Strim Raya Pum Pang sekarang di semua digital streaming platforms darling. What a remarkably swift and fun experience bekerjasama dengan Syasya Rizal untuk lagu ini. Hope you guys will enjoy and have fun with Raya Pum Pang.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat meluahkan rasa teruja dengan projek terbaru Fazura.
Ramai juga yang tidak menyangka pelakon itu bakal muncul dengan lagu raya.
Ia juga sekaligus menandakan ‘comeback Syasya Rizal ke industri muzik setelah penyanyi itu keluar daripada kumpulan nyanyian Dolla tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.