Syarul Ridzwan Nafi Diri Sombong

Hiburan

Syarul Ridzwan Nafi Diri Sombong

Syarul Ridzwan merupakan seorang pelakon baharu yang nampaknya sudah mula menapak dalam dunia lakonan sedikit demi sedikit. Mula dikenali menerusi drama Romi Cinta Julia, Syarul Ridzwan sudah beberapa kali memegang watak utama dalam sesebuah drama.

Walaupun masih lagi baharu, Syarul turut tidak terlepas daripada gosip dimana sesetengah pihak mendakwa beliau kini bersikap sombong. Menafikan tuduhan tersebut, Syarul menganggap ia lumrah apabila bergelar selebriti.

Advertisement

Saya rasa isu seperti ini tidak harus timbul kerana jika ada peminat yang hendak bergambar saya akan berhenti untuk bergambar bersama mereka.

Ini merupakan asam garam dalam industri sebagai seorang artis yang sentiasa menjadi perhatian orang awan.

Jika ada yang terlepas pandang mengenai perkara ini saya memohon maaf kerana tanpa peminat yang menyokong saya tidak akan berada disini.

Untuk pengetahuan anda, Syarul lahir daripada program Hero Remaja siri 2011/2012 dan mendapat tempat ketiga dimana Syafiq Kyle mendapat tempat kedua dan juaranya adalah Fattah Amin.

Mengakui Syafiq dan Fattah lebih menyerlah, hero drama Hati Perempuan ini tidak merasa iri hati atau tergugat kerana ia merupakan rezeki masing-masing.

Saya tidak rasa tergugat dengan populiriti mereka kerana semua ini terletak kepada rezeki masing-masing yang telah ditetapkan.

Mungkin rezeki mereka datang dahulu berbanding saya jadi ia tidak timbul isu kerana kehadiran kami adalah untuk memeriahkan lagi industri tanah air.

Syarul Ridzwan sudah mempunyai pakej yang baik sebagai pelakon dari segi fizikal. Cuma, apabila kami menonton drama Hati Perempuan, mungkin Syarul boleh mendalami watak dengan lebik baik lagi agar nampak tidak kaku.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...