November 17th, 2015

Mungkin ada sesetengah yang seakan sudah bosan mendengar gosip percintaan Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad tetapi tidak boleh kita nafikan bahawa ia masih lagi menjadi perhatian.

Didakwa sedang bercinta dengan aktres baharu Mira Filzah dan mendakwa ia salah satu punca hubungan Syarul serta Mia putus, aktor itu bagaimanapun menjelaskan buat masa ini beliau tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana wanita sekalipun.

Advertisement

Saya harap penjelasan ini dapat memperbetulkan banyak gosip yang tidak benar. Saya tidak pernah mendedahkan bercinta dengan Mia atau mana-mana jua wanita sebelum ini. Saya berkawan baik dengan Mia sejak kami sama-sama berlakon drama Hati Perempuan. Dengan Mira juga saya berkawan. Jadi, macam mana boleh timbul gosip kononnya hubungan cinta dengan Mia putus disebabkan Mira?.

Syarul percaya ada pihak yang cuba untuk memutar belitkan perkara sebenar dan sengaja ingin mencetuskan perbalahan.

Apa yang saya nampak, ada pihak yang cuba memutarbelitkan keadaan dan mereka cerita yang tidak benar. Bagi saya ada pihak cuba mencetuskan pergaduhan antara dua wanita bertudung yang baik. Saya masuk dunia lakonan sebab ingin menjual bakat dan mencari rezeki, bukannya mahu membabitkan diri dalam banyak gosip atau publisiti murahan sebegini.

Saya nasihatkan pada pihak-pihak tertentu yang suka mereka cerita tidak betul, hentikanlah semua itu. Saya tak pandang pada cerita rekaan atau publisiti murahan ini boleh membantu kerjaya seni.

Advertisement

Saya anggap kontroversi yang timbul dilakukan dan direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Buat Syarul, beliau boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tidak kisah jika mereka pelakon baharu ataupun lama.

Tambah Syarul, beliau tidak begitu selesa untuk berkongsi kisah peribadi secara terbuka dan hanya akan mengumumkan hatinya sudah menjadi milik orang di hari pernikahannya nanti.

Sumber Berita: Mangga Online

Advertisement

Comments are closed.

Loading...