Syarikat Ternama Terima Kecaman, Jadikan Pekerja Migran Sebagai ‘Hand Sanitizer’

Trending

Syarikat Ternama Terima Kecaman, Jadikan Pekerja Migran Sebagai ‘Hand Sanitizer’

Penularan wabak coronavirus seolah tiada penghujungnya. Sehingga kini masih tiada vaksin yang dijumpai untuk melawan virus agresif yang telah menyebabkan kematian ramai. Setiap industri telah menjalankan langkah berjaga-jaga untuk menghalang wabak ini daripada terus merebak terutama sekali kepada pekerja mereka.

Baca: Saintis China Dedahkan Vaksin Coronavirus Akan Siap Sepenuhnya Bulan April Ini

Advertisement

Tetapi lain pula dengan apa yang terjadi di sini selepas gambar seorang lelaki yang merupakan pekerja asing berpakaian sebagai ‘Hand Sanitizer’ tular di serata media sosial. Dikatakan bahawa insiden ini berlaku di ibu pejabat minyak terbesar iaitu Saudi Aramco.

 

Setelah tersebar, ramai yang mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan syarikat gergasi itu. Menurut sumber perkara ini adalah salah satu daripada usaha mereka untuk mencegah coronavirus.

Namun, gambar-gambar ini telah dikritik secara meluas di Twitter kerana dikatakan perbuatan tersebut telah menyentuh isu perkauman. Dikatakan negara yang sama turut pernah terlibat dengan masalah yang sama sebelum ini.

 

Walaupun Arab Saudi telah membuat beberapa pembaharuan seperti rancangan untuk menghapuskan sistem penajaan majikan dalam penyalahgunaan pekerja dan pendatang asing di negara tersebut mendapat hak mereka sendiri, nampaknya ia seperti tidak berhasil

Brunswick mewakili Saudi Aramco, mengeluarkan kenyataan di Twitter bahawa ia “sangat tidak berpuas hati” dengan apa yang telah berlaku dan pihaknya juga sudah mengambil langkah-langkah untuk mencegahnya.

 

Jumlah kematian COVID-19 di Iran kini meningkat kepada 291 orang pada Selasa, manakala Lubnan dan Maghribi mencatatkan kes kematian pertama.

Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Perubatan Iran melaporkan 881 kes baru dengan 54 lagi kematian. Setakat ini, sejumlah 8,042 orang dijangkiti dan 2,731 pulih, sejak kes pertama dikesan pada 19 Februari.

Sehingga kini masih tiada penjelasan dengan apa yang terjadi dan siapa yang mengarahkan lelaki itu untuk menjadi ‘Hand Sanitizer’ di lobi syarikat tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...