“Syarikat Terbaik!” – Netizen Puji Vivy Yusof Cadang Cuti Tahunan Tanpa Had Buat Staf Syarikatnya

Hiburan

“Syarikat Terbaik!” – Netizen Puji Vivy Yusof Cadang Cuti Tahunan Tanpa Had Buat Staf Syarikatnya

Datin Vivy Yusof memang sentiasa selangkah di hadapan bagi memajukan perniagaan jenama tudung popular miliknya, dUCK Scarf. Tak kisah lah daripada kepelbagaian rekaan gaya ataupun pengurusan, pastinya wanita ini akan mencuba banyak inisiatif baru.

Terbaru, usahawan wanita itu dikatakan sedang dalam perbincangan untuk mengaplikasikan kaedah cuti tahunan tanpa had kepada semua staf yang bekerja di syarikatnya.

Advertisement

Daripada entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Vivy mengatakan yang dia terinspirasi daripada insiatif yang diterapkan di syarikat penstriman popular Netflix.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Melihatkan kakitangan syarikat itu yang mampu menguruskan masa mereka dengan lebih baik selepas penguatkuasaan tersebut, dia terpanggil untuk melakukan hal yang sama di syarikatnya.

“Saya mencadangkan cuti tanpa had untuk syarikat dan mendapat respon mengejutkan daripada staf senior. Ia berjalan dengan lancar di Netflix – mereka memberi kepercayaan kepada pekerja untuk menguruskan masa serta mengurangkan kerja-kerja pengurusan oleh pengurus.”

vivy yusof

Sedar bahawa Fashion Valet tidaklah seperti Netflix tetapi dia sepakat bersama kakitangan senior untuk menjalankan inisiatif cuti tanpa had itu termasuklah cuti ibu bapa bulanan dan penyusunan kerja yang lebih senang untuk diatur.

“Akhirnya, kami mencapai kata sepakat yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Bahkan ianya termasuk cuti ibu bapa bulanan dan pengaturan kerja yang fleksibel.”

Cadangan Vivy itu ternyata mendapat pujian daripada netizen malah ramai yang mencuba nasib untuk mengisi peluang pekerjaan di syarikat wanita itu sekiranya ada kekosongan. Pandai eh!

vivy yusof vivy yusof vivy yusof vivy yusof vivy yusof vivy yusof

Korang sokong tak dengan cadangan Vivy ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...