Kemalangan nahas bas melibatkan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlaku di jalan Gerik-Jeli beberapa hari laut terus dizahirkan dan bukan saja dari segi doa, malah pelbagai bentuk bantuan diberikan buat keluarga mangsa yang terkorban serta mereka yang cedera.
Difahamkan, inisiatif atau sumbangan daripada syarikat Sinar Suci Travel & Tours yang berpangkalan di Pengkalan Chepa menaja pakej umrah secara percuma untuk ibu bapa empat orang pelajar yang terkorban dalam nahas ini telah mencuri perhatian ramai.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr Azman bin Ibrahim dalam satu hantaran di Facebook.
Susulan menerima sumbangan ini, ibu bapa kepada Allahyarham Nurly Shahirah meluahkan rasa terima kasih yang tak terhingga dan abang kepada arwah juga berkongsikan foto pihak syarikat itu datang ke kediaman mereka.
Allahuakbar… Indah sungguh susunan Allah. Hari ini tidak putus-putus orang datang menziarahi Nurly. Semua ingin bertemu umi dan abah.