Syarikat Perkenal Hukuman ‘Makan Peria Mentah’ Jika Pekerja Tidak Capai Sasaran Jualan

Trending

Syarikat Perkenal Hukuman ‘Makan Peria Mentah’ Jika Pekerja Tidak Capai Sasaran Jualan

Satu set foto yang dilabel ‘hukuman paling kejam dalam sejarah’ menunjukkan pekerja sebuah syarikat di China dipaksa makan peria mentah di hadapan rakan sekerja kerana gagal mencapai sasaran jualan.

periaDi Leshang Decorations Corporation, sebuah syarikat yang berpengkalan di Chongqing, pekerja yang prestasi mingguannya jatuh di bawah jumlah jualan yang disasarkan  oleh pegawai kanan dipaksa makan peria sambil disaksikan oleh rakan sepejabat. Sekiranya mereka meludahkan peria ini, mereka dipaksa untuk makan lebih lagi. Khabarnya, hukuman ini diperkenalkan untuk memotivasikan pekerja supaya berusaha dengan lebih gigih, supaya tidak perlu makan peria mentah lagi di masa hadapan.


Seorang pekerja syarikat ini mendedahkan bahawa hukuman ini baru saja diperkenalkan. Sebelum ini syarikat ini memaksa pekerja membuat ketuk ketampi dan berlari sekeliling pejabat dua hingga tiga kali, bagaimanapun cara itu menjadi suatu yang biasa di kalangan pekerja dan mereka tidak lagi ‘kisah’ melakukan semua itu. Jadi syarikat telah merencana satu bentuk hukuman yang lebih ‘memalukan’ bagi pekerja yang gagal mencapai sasaran jualan.

Advertisement

Gambar-gambar pekerja-pekerja yang sedang makan peria ini menjadi viral di media sosial Sina Weibo.

Chinese-punishment2Chinese-punishment3

 

Sumber: Sina Weibo

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...