Pereka cip yang berpengkalan di United Kingdom, ARM, telah memberitahu staf bahawa ia mesti menggantung urusan perniagaan dengan Huawei, menurut dokumen dalaman yang didapatkan oleh BBC.
ARM mengarahkan pekerja untuk memberhentikan ‘semua kontrak aktif, hak sokongan, dan apa jua komitmen yang belum selesai’ dengan Huawei dan subsidiarinya untuk mematuhi kawalan ketat yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) dalam keputusan dagangan terbaru.
Rekaan-rekaan ARM membentuk asas kepada kebanyakan pemproses peranti mobil di seluruh dunia.
Dalam memo syarikat, ia berkata rekaan-rekaannya mengandungi ‘teknologi yang berasal dari AS’.
Sebagai akibatnya, ia percaya yang ia juga terbabit dengan sekatan yang dikenakan oleh pentadbiran Trump.
Seorang penganalisis berkata, keputusan itu, sekiranya dilaksanakan dalam tempoh jangka panjang, ialah ‘pukulan terbesar’ kepada perniagaan Huawei.
Dia berkata ia akan memberi kesan mendalam kepada keupayaan Huawei untuk menbangunkan cipnya sendiri, di mana kebanyakannya dibina menggunakan teknologi berasaskan ARM, yang dibayar lesen untuk penggunaannya oleh firma itu.
Ia juga digunakan di stesen pangkalan 5G dan pelayan-pelayan komputer milik Huawei, disamping telefon bimbit yang ia keluarkan.
ARM yang ibu pejabatnya terletak di Cambridge dinyatakan sebagai firma teknologi UK terbesar, sehinggalah ia diambil oleh oleh dana negara Jepun. Ia menggaji 6,000 pekerja dan mempunyai lapan pejabat di AS.
Dalam kenyataan pada Rabu, ia berkata:
ARM akur dengan sekatan-sekatan terbaru yang dibuat oleh kerajaan AS dan sedang berbincang secara terus-menerus dengan agensi kerajaan AS yang berkaitan untuk memastikan kami terus akur.
ARM memandang tinggi hubungan kami dengan rakan dagangan lama kami iaitu HiSilicon dan kami berharap ada penyelesaian pantas terhadap perkara ini.
Huawei telah mengeluarkan kenyataan pendek mengenai perkara ini:
Kami memandang tinggi hubungan erat kami dengan semua rakan kerjasama, tetapi kami memahami tekanan yang dialami oleh mereka, atas keputusan yang bermotifkan politik (oleh pentadbiran Trump).
Kami yakin situasi ini boleh diselesaikan dan keutamaan kami tetaplah untuk terus membawakan teknologi dan produk kelas dunia kepada pelanggan kami di seluruh dunia.
–amazingnara.com via BBC