Pelakon Lana Nodin menerusi sebuah hantaran di Instagram ada menyampaikan pesanan kepada rakyat Malaysia agar tidak mendiskriminasi mengenai isu berkaitan vaksinasi COVID-19.
Ujar pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini lagi, syarikat penerbangan di luar negara lebih mengamalkan sikap terbuka dan tidak mendiskriminasi orang yang tidak mengambil vaksin.
Katanya lagi, masyarakat harus berhenti menyemai amalan ‘fear mongering’ atau menakut-nakutkan orang lain hanya kerana mereka memilih untuk tidak mengambil vaksin.
Mungkin ramai yang tak tahu, sampai lah kita sendiri sudah berada di luar negara yang kebanyakan syarikat penerbangan dan kebanyakan negara lain tidak diskriminasi tentang vaksin. Jangan mudah percaya berita-berita palsu atau berita mulut ke mulut kerana itulah mulanya Fear Mongering.
Dalam pada itu, Lana berkata bahawa pengambilan suntikan tersebut adalah hak individu dan masyarakat haruslah menghormati pendirian orang lain.
Terdahulu, Lana ada memuat naik video yang memaparkan situasi di mana seorang pramugari terpaksa menenangkan wanita yang enggan duduk bersebelahan dengan individu tidak divaksin.
View this post on Instagram
Wanita itu kemudian diarahkan keluar daripada pesawat oleh kapten bertugas kerana telah menganggu ketenteraman awam.
“Sama ada vaksin atau tidak vaksin, kita patut menghormati antara satu sama lain dan nampaknya nada mengalami kesukaran untuk melakukan perkara itu, sila tinggalkan penerbangan ini..” ujar kapten tersebut.
Ia kemudian mendapat tepukan gemuruh daripada penumpang yang berada dalam pesawat berikutan sifat kapten tersebut yang mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menangani masalah itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.