Syarikat Penerbangan Kedua Tertua Dunia Dilaporkan Mengalami Bankrap Akibat COVID-19

Trending

Syarikat Penerbangan Kedua Tertua Dunia Dilaporkan Mengalami Bankrap Akibat COVID-19

Ramalan pakar berkenaan impak wabak COVID-19 akan mula dilihat oleh negara yang terjejas teruk akibat dilanda wabak ini kian dirasai. Beberapa bulan kebelakangan ini, negara-negara yang diserang wabak ini mengalami kemerosotan ekonomi yang agak teruk.

Ekonomi yang sedang merudum turut memaksa syarikat penerbangan yang sudah bertapak lebih satu abad ini menyerahkan takdir masa depan syarikat terhadap keadaan semasa.

Advertisement

Avianca Airlines

Avianca dari Columbia merupakan syarikat penerbangan kedua yang tertua di dunia. Baru-baru ini, syarikat tersebut terpaksa mengalah dengan wabak COVID-19 yang memberi kesan teruk terhadap keuntungan syarikat penerbangan ini.

Tiada siapa dapat menyangka sejauh mana wabak ini memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi. Syarikat ini tidak dapat membuat jadual penerbangan seperti biasa berikutan terlalu banyak pembatalan perjalanan yang terpaksa dilakukan. Sekali gus menjadikan syarikat ini gagal mengutip keuntungan dan menjurus kepada pemberhentian kakitangan.

Menurut laporan, Avianca yang sebelum ini mampu membuat sehingga 700 penerbangan akan mengurangkan 80 peratus operasi syarikat mereka. Syarikat ini malah akan memberi fokus yang khusus kepada pasaran utama sahaja.

Virgin Australia

Bulan lalu, Virgin Australia turut mengumumkan keputusan bankrap selepas gagal mendapat sokongan dana daripada pihak kerajaan. Ini bermakna bukan syarikat penerbangan Avianca yang muncul sebagai syarikat penerbangan pertama yang difailkan bankrap.

Kemungkinan selepas ini beberapa syarikat lain akan turut mengikuti jejak langkah kedua-dua syarikat penerbangan ini. Ini kerana syarikat penerbangan mengalami masalah penanggungan kos operasi yang tinggi sehingga wabak ini berakhir.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...