“Syarikat Milik Mahadi Tiada Lesen Untuk Kegiatan Pelaburan” – PDRM

Hiburan

“Syarikat Milik Mahadi Tiada Lesen Untuk Kegiatan Pelaburan” – PDRM

Baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang perniagaan dijalankan oleh suami Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi bin Badrul Zaman selepas Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menyenaraikannya dalam Investor Alert List.

mahadi badrul zaman
8 months ago

"So, Fathia Tak Salah Pasal Ni" - Didakwa 'Scammer', Nama Suami Heliza Helmi Dalam Senarai Amaran Oleh Suruhanjaya Sekuriti

Advertisement

 

Syarikat beroperasi tanpa lesen

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan siasatan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan SC bahawa syarikat itu beroperasi tanpa lesen dan kita berpegang kepada perkara sama. Sudah tentu SC lebih mengetahui kerana di bawah bidang mereka.

heliza helmi

Ujarnya lagi, meskipun tiada laporan diterima tentangnya namun PDRM dan SC bekerjasama untuk menentukan ianya setakat ini tidak berlesen untuk menjalankan kegiatan pelaburan.

 

Terima pelaburan tinggi kemudian stop operasi

Ramli turut mendedahkan bahawa sesetengah syarikat pelaburan melakukan penipuan dan menerima pelaburan yang tinggi sebelum menghentikan operasi.

Ada syarikat yang hanya ditubuhkan untuk menerima pelaburan dan berhenti setengah jalan. Mereka akan kata minta maaflah, kami sedang disiasat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan PDRM, selain kononnya baru dikenakan tindakan bankrap.

 

Jadi habis yang melabur puluhan ribu, ratus ribu, jutaan ringgit dan sebagainya. Ia boleh dinoktahkan begitu saja. Sebab itu kita perlu ada jaminan dan pengetahuan mengenai pelaburan.

polis

Terdahulu, pemeriksaan dilakukan oleh seorang individu juga mendapati nama Mahadi tiada dalam senarai penerima gelaran Datuk Seri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...