Syarikat L’oreal Akan Buang Perkataan ‘Memutihkan’ Sebagai Tanda Sokongan Black Lives Matter

Trending

Syarikat L’oreal Akan Buang Perkataan ‘Memutihkan’ Sebagai Tanda Sokongan Black Lives Matter

Syarikat kosmetik dan kecantikan terbesar dunia, L’Oreal mengumumkan akan menghentikan penggunaan perkataan ‘whitening’ dan ‘fair’ dalam penerangan produk mereka. Ini adalah susulan gerakan Black Lives Matter yang dilakukan setelah kematian lelaki berkulit hitam, George Floyd.

Baca: Hakim Menetapkan Ikat Jamin $1 Juta Untuk Bekas Pegawai Yang Terlibat Dalam Pembunuhan George Floyd

Advertisement

L’Oreal bukanlah syarikat pertama yang membuat pendirian sebegitu untuk jenamanya. Sejak kebelakangan ini, penekanan berterusan terhadap produk pencerahan kulit yang kontroversial dan kekurangan produk kecantikan dan iklan syarikat-syarikat kecantikan dilakukan.

Pada hari Khamis, Hindustan Unilever, firma Anglo-Dutch India dan Bangladesh, Unilever (UL), mengumumkan bahawa ia akan berhenti menggunakan perkataan ‘fair’ pada produk penjagaan kulit Fair and Lovely. Unilever menyatakan alasannya adalah untuk bergerak ke arah visi kecantikan yang lebih inklusif.

loreal paris

Johnson & Johnson (JNJ) juga mengumumkan pendirian yang sama pada hari Khamis bahawa ia telah menghentikan dua lineup produk penjagaan kulit dari jenamanya yang merangkumi perkataan ‘fair’ pada labelnya dengan alasan yang sama.

Gerakan Black Lives Matter yang dilakukan turut memberikan kesan kepada syarikat kecantikan di mana penggunaan perkataan ‘whitening’ dianggap sebagai sesuatu yang sensitif. Bukan sahaja syarikat kosmetik, malah syarikat makanan seperti Quaker Oats akan menamatkan jenama Aunt Jemima selepas 131 tahun.

quaker oats

Menurut Quaker, anak syarikat PepsiCo, langkah menukar imej dan nama itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat ke arah mencapai kesaksamaan kaum. Mereka sedar asal usul ‘Aunt Jemima’ adalah berdasarkan kepada satu stereotaip kaum. Gelaran pakcik dan makcik adalah panggilan yang diberikan kepada orang gaji kulit hitam kerana orang kulit putih enggan menggunakan gelaran tuan dan puan.

Sumber: (1), (2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...