Syarikat Ini Mencari Pekerja Dengan Skop Tugas Hanya Perlu Tidur Sahaja Untuk Gaji RM100,000

Kehidupan

Syarikat Ini Mencari Pekerja Dengan Skop Tugas Hanya Perlu Tidur Sahaja Untuk Gaji RM100,000

Kalau sebelum ini para saintis mencari sukarelawan bagi menjalani eksperimen COVID-19, kali ini sebuah syarikat turut mencari pekerja untuk menjalankan eksperimen mereka. Tetapi eksperimen kali ini lebih selamat dan tidak membahayakan kesihatan. Malah, anda mungkin akan sukakannya!

Baca: Saintis Cari Sukarelawan Yang Sanggup Dijangkiti COVID-19 Dengan Upah RM19,000

Advertisement

Dengan skop tugas hanya perlu tidur sahaja, anda akan dibayar £24,000 atau lebih RM100,000! Syarikat Hillarys yang merupakan pembekal barangan rumah kini mencari pekerja untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut yang dipanggil sebagai ‘Sleep Executive’.

hillarys sleep executive

Tugas untuk jawatan ini sangat mudah, anda hanya perlu tidur untuk menjadi subjek di dalam eksperimen ini. Sebagai syarikat pembekal barangan rumah, Hillarys komited ingin menjalankan eksperimen bagi membuktikan bagaimana cahaya dan bunyi boleh menganggu tidur seseorang.

“Kami akan meletakkan calon di dalam situasi yang berbeza termasuklah menggunakan tirai gelap serta cahaya dan bunyi yang berbeza.”

Semasa eksperimen dijalankan, calon juga akan dipakaikan alat pengawasan untuk memastikan bagaimana situasi yang berbeza ini memberikan kesan kepada tidur mereka. Persaingan untuk mendapatkan jawatan ini sudah pastinya tinggi malah anda juga perlu mendaftar terlebih dahulu.

Melalui laman rasmi tersebut, calon yang berminat perlu memberikan sebab kenapa anda berminat untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Bagi yang berminat untuk mencuba, boleh ke notis makluman jawatan tersebut di sini.

Artikel berkaitan: NASA Tawarkan Peluang Pekerjaan Dengan Gaji Minimum RM200,000 Sebulan Dengan Syarat Tertentu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...