Syarikat Blu Inc Media Hentikan Operasi Penerbitan Kerana Hadapi Cabaran Digital Dan Kesan PKP

Trending

Syarikat Blu Inc Media Hentikan Operasi Penerbitan Kerana Hadapi Cabaran Digital Dan Kesan PKP

Syarikat penerbitan majalah Blu Inc Media Sdn Bhd telah menghentikan operasi penghasilan majalah kerana menerima cabaran yang hebat daripada gangguan digital. Ditambah pula dengan kesan wabak COVID-19 yang sedang dialami ketika ini, syarikat penerbitan berkenaan tidak mampu bertahan lagi.

Majalah terkenal yang dikeluarkan oleh syarikat ini antaranya CLEO, HerWorld, Jelita, Marie Claire akan dihentikan operasi penghasilan bermula hari ini (30 April 2020).

Advertisement
Dati Azliza Tajuddin

Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Azliza Tajuddin

Menurut Datin Azliza Tajuddin, Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa masalah yang dihadapi syarikat telah berlaku sejak beberapa tahun dahulu. Ekoran daripada perubahan pilihan pembaca dan juga gangguan digital, penutupan operasi adalah jalan terbaik buat masa sekarang.

Sebelum keputusan ini dicapai, pihak syarikat telah membuat peningkatan dalam pelaburan untuk membangunan kecekapan digital sedia ada. Namun, syarikat terus mencatatkan kerugian yang meningkat setiap bulan.

Tempoh PKP ketika ini memburukkan lagi keadaan semasa. Bulan Mac dan April, Blu Inc Media mengalami lebih banyak kerugian.

Sekiranya trend ini berterusan, syarikat tidak akan mempunyai dana kewangan yang mencukupi untuk menampung kos operasi pada bulan yang mendatang.

Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan lagi bahawa pihak syarikat tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil keputusan untuk menutup operasi syarikat. Ahli lembaga pengarah juga bersetuju untuk memutuskan penghentian operasi penerbitan cetak dan digital Blu Inc dijalankan segera.

Kakitangan pekerja Blu Inc Media akan menerima emel yang berasingan untuk dinyatakan status pekerjaan mereka. 

Blu Inc Media sudah bertapak di Malaysia selama hampir 40 tahun dan menerbitkan kira-kira 20 majalah dalam tiga bahasa. Pembaca setia majalah terbitan syarikat media ini pastinya berasa sedih dan kecewa kerana operasi syarikat sudah dihentikan.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...