Syarikat Biotek Colossal ‘Hidupkan’ Semula Serigala Pupus Dire Wolf Menggunakan Teknologi Genetik

Teknologi

Syarikat Biotek Colossal ‘Hidupkan’ Semula Serigala Pupus Dire Wolf Menggunakan Teknologi Genetik

Syarikat Colossal Biosciences berjaya ‘menghidupkan semula’ spesies serigala pupus, dire wolf, menggunakan teknologi penyuntingan genetik dan DNA purba.

Tiga anak serigala, dua jantan dan seekor betina, dilahirkan hasil gabungan DNA fosil dan gen serigala kelabu moden, dengan kelahiran melalui ibu tumpang. Haiwan tersebut kini ditempatkan di kawasan khas seluas 2,000 ekar.

Advertisement

Walaupun tidak 100% tulen, anak-anak serigala itu membawa ciri utama dire wolf seperti saiz besar, rahang kuat dan struktur tengkorak yang berbeza. Spesies ini pernah menjadi pemangsa utama di Amerika Utara dan terkenal menerusi siri Game of Thrones.

Colossal menyatakan kejayaan ini membuktikan potensi teknologi de-pupus mereka, dan kini turut digunakan untuk membantu spesies terancam seperti serigala merah.

Colossal menjelaskan bahawa serigala yang dihasilkan bukan dire wolf tulen, tetapi haiwan kejuruteraan genetik dengan ciri-ciri utama spesies itu.

Kejayaan ini mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk kebimbangan terhadap kesan ekosistem, namun teknologi sama turut digunakan untuk memulihara spesies terancam seperti serigala merah. Sejak 2021, Colossal menjalankan projek menghidupkan semula beberapa haiwan pupus, namun ini kali pertama kejayaan diumumkan secara rasmi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Trump apple iphone
4 days ago

Harga iPhone Dijangka Cecah RM10,000 Susulan Tarif Baharu Amerika Syarikat Ke Atas China

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : CNN

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...