Pertikaian antara dua syarikat milik adik-beradik, The Ordinary Baker dan Eclairis, telah mengejutkan ramai apabila konflik dalaman mereka kini berakhir di mahkamah.
The Ordinary Baker, jenama terkenal dengan produk cream puff, memaklumkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Eclairis, satu lagi syarikat yang turut diasaskan oleh mereka.
Putri Nadira dari Eclairis mengesahkan bahawa pihak The Ordinary Baker telah menyatakan niat untuk menyaman Eclairis sebanyak RM1.5 juta.
Kami berempat memulakan segalanya dengan kosong, dengan hanya impian, keazaman dan satu ama lain.
Ia tidak sempurna. Tapi ia milik kami. Dan kami pertahankannya bersama-sama. Sehinggalah pada suatu hari, semuanya berubah.”
Dalam kenyataan lanjut, Nadira turut mendedahkan punca utama perpecahan di antara mereka.
Salah seorang daripada kami membuat keputusan yang menyebabkan kami bertiga tiada pilihan lain selain untuk pergi.
Kami tak ambil walau satu sen pun. Kami hanya pergi. Dalam diam. Dan kini, kami sedang disaman sebanyak RM1.5 juta. Sakit rasanya untuk mengatakannya secara terbuka.
Nadira juga mengungkap perasaannya terhadap tindakan saman tersebut yang dirasakan jauh lebih menyakitkan daripada sekadar isu perniagaan.
Ini bukan sekadar saman, ini satu pengkhianatan yang sangat menyakitkan. Lebih perit daripada apa-apa urusan perniagaan. Kerana ini bukan sekadar perniagaan. Ini keluarga. Ini cinta. Ini hidup kami.
Menurutnya, tindakan saman itu datang daripada kakaknya sendiri yang menganggap dirinya hanyalah seorang pekerja. Namun, Nadira menegaskan bahawa dia turut memainkan peranan penting dalam membangunkan The Ordinary Baker sejak dari awal bersama-sama.
Pertelingkahan ini telah mengundang rasa kecewa dalam kalangan peminat setia mereka, yang selama ini melihat keakraban dan semangat kekeluargaan antara adik-beradik tersebut sebagai kekuatan utama di sebalik kejayaan perniagaan mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.