“Syarat Wajib Umrah Kena Berakal” – Gadis ‘Tayang’ Gambar Artis K-Pop Di Depan Kaabah Undang Kritikan Netizen

Kehidupan

“Syarat Wajib Umrah Kena Berakal” – Gadis ‘Tayang’ Gambar Artis K-Pop Di Depan Kaabah Undang Kritikan Netizen

Satu perkongsian di media sosial TikTok yang dimuat naik semula ke Twitter telah menjadi tumpuan dan bahan bualan netizen gara-gara sebuah video memaparkan seorang individu didakwa berdoa agar dijodohkan dengan penyanyi K-pop ketika berada di tanah suci Mekah.

Dalam hantaran tersebut, satu tangkap layar foto daripada video TikTok itu menunjukkan gadis berkenaan telah menyunting fotonya bersama seorang penyanyi artis Korea sambil berdoa di hadapan Kaabah.

Advertisement

Berikutan itu, ramai tampil mengkritik dan menganggap ia sebagai suatu perbuatan yang sia-sia dan tidak menghormati tanah suci Mekah.

Kata netizen lagi, tindakan tersebut melampaui batas dan rata-rata netizen menganggap gadis itu telah melepaskan peluang untuk berdoa perkara yang lebih berfaedah dan bermanfaat.

Antara syarat wajib untuk menunaikan haji dan umrah ialah berakal ataupun tidak gila. Renung-renungkanlah.

Namun begitu, ada juga yang menganggap gadis itu hanya berdoa tentang sesuatu perkara yang diingininya dan orang lain tidak sepatutnya mempersoalkan niat kerana hanya dia dan Allah yang mengetahui.

TikTokSumber : TikTok  

Selebihnya hati niat kita tak tahu, mana tahu dia mohon supaya diberi hidayah kepada orang di dalam gambar itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

peranti siswa
2 years ago

"Rampas Hak Orang Lain!" - Individu Cuba Jual Peranti Siswa Semata Nak Beli iPad Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...