Syarat-Syarat Yang Perlu Dipatuhi Oleh Syarikat Yang Beroperasi Semasa PKPB

COVID-19

Syarat-Syarat Yang Perlu Dipatuhi Oleh Syarikat Yang Beroperasi Semasa PKPB

Hampir semua aktiviti ekonomi telah dibenarkan beroperasi bermula hari ini. Malah, syarikat yang  beroperasi langsung tidak perlu memohon kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk mendapatkan kebenaran tersebut.

Namun, perlu diingatkan bahawa usaha memerangi COVID-19 di negara kita masih belum berjaya sepenuhnya. Syarikat yang beroperasi bagaimanapun wajib mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetap bagi sektor masing-masing.

Advertisement

Kegagalan syarikat mematuhi SOP akan menyebabkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta merta dan akan dikenakan tindakan undang-undang.

Berikut merupakan syarat-syarat yang wajib dipatuhi oleh syarikat yang beroperasi sepanjang Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI).

SOPSOP

Kebenaran beroperasi pada kapasiti penuh tanpa sekatan ini dilakukan bertujuan untuk memulihkan ekonomi termasuk melindungi mata pencarian rakyat sekaligus memberi impak positif kepada pendapatan syarikat khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Oleh itu, majikan di sesebuah syarikat yang beroperasi sepanjang PKPB ini dinasihat untuk memberikan kerjasama dalam mengawal penularan wabak COVID-19 di negara kita.

Terkini, sekatan jalan raya di sekitar ibu negara tidak lagi dilaksanakan ketika ini. Pihak polis akan memberi fokus kepada operasi penguatkuasaan trafik termasuk Op Mabuk dan Op Samseng Jalanan dan memantau sebarang perhimpunan ramai sahaja.

Berikutan PKPB yang dijalankan bermula hari ini, jumlah kenderaan di jalan raya sekitar ibu negara dilaporkan meningkat hampir 30 peratus pagi tadi ini berbanding pagi semalam.

Sumber:(1)(2)(3)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...